BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 18, 2011

aku, dia dan lagu.....................

hi guys.....

malam tadi lepas layan MAHARAJA LAWAK, tibe2 tangan ni gatal je tekan channel TVi...dalam pada mengantuk2 saya, hati ni tersentuh bila tengok program AKU, DIA & LAGU...menceritakan pejuang2 seni lagu2 lama...sangat indah ciptaan lagu2 mereka terutamanya hasil seni TAN SRI DR P.RAMLEE...yang mendendangkannya pulak seorang biduanita negara PUAN SRI SALOMA...mereka ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan...

saya sendiri dibesarkan dengan filem2 dan lagu2 mereka...sangat sempurna...tak jemu ditonton dan tak bosan didengar...dan kadang2 membuatkan airmata saya mengalir mendengarkan lagu2 mereka sambil mengenangkan kisah2 di hujung hayat mereka...bayangkan seorang seniman agong hanya menyanyi di majlis kenduri kawen sahaja untuk menyara hidup dihujung hayat beliau...

sekarang, cube tanya sesiapapun yang mengaji seni even dari rusia, england atau indonesia...sape yang tak kenal dengan TAN SRI DR P.RAMLEE...malah di indonesia sendiri ade filem yang digarap berteraskan kisah dan lagu2 beliau...di german pulak ade komik yang mengambil kisah tentang beliau...dan di negara mane atau di daerah mane atau di pelosok mane yang ade jalan bernamakan insan seni terkenal negara mereka...hanya di malaysia sahaja yang ade JALAN P.RAMLEE...

tiba2 hati jadik rindu pada ayah...ayah yang banyak mengajar kami adik beradik kenal seni anak bangsa...ayah yang ajar abang tengok filem p.ramlee...ayah ajar saya menyanyikan lagu2 saloma...dan ayah ajar adik jenaka2 p.ramlee...

alamak...taknak menangis lagi...jumpa lagi nanti la...sebagai halwa telinga, dengarla lagu fav saya dendangan asal PUAN SRI SALOMA...layaaannnn.....



0 comments: